“Aku Beli Banyak, Elok Je” – Wanita ‘Tegur’ Pasal Botol Sambal Khairul Aming Tapi Ramai ‘Back Up’?

Hiburan

“Aku Beli Banyak, Elok Je” – Wanita ‘Tegur’ Pasal Botol Sambal Khairul Aming Tapi Ramai ‘Back Up’?

Sebut saja nama pempengaruh, Khairul Aming pasti semua pihak mengenalinya dengan konten video masakan yang sering dimuat naik oleh dia di laman Instagram.

Bukan itu saja, malah Khairul Aming juga dikenali dengan produk sambal Nyet yang selalu menjadi rebutan orang ramai untuk membeli secara atas talian.

Advertisement

Walaupun ramai yang sering memuji dapat botol sambal tersebut dalam keadaan baik biarpun ia adalah botol kaca, baru-baru ini, di platform TikTok terdapat seorang wanita yang merupakan pembeli sambal berkenaan menegur Khairul Aming.

Wanita tersebut memuat naik satu video memaparkan bungkusan botol sambal Nyet yang didapati olehnya dipenuhi dengan minyak yang tertumpah dari botol kaca terbabit.

Hal itu membuatkan wanita berkenaan berasa curiga dengan kualiti sambal berkenaan sama ada ianya akan terjejas ataupun tidak.

Biarpun niat hanya mahu menegur demi kebaikan usahawan terbabit, rata-rata netizen pula mempunyai pendapat mereka tersendiri dan menyebelahi Khairul Aming.

komen netizen

komen netizen

Menurut netizen yang back-up Khairul Aming susulan isu yang terjadi, mereka sebelum ini sudah banyak kali membeli Sambal Nyet terbabit, namun tiada masalah yang berlaku.

Dalam pada ramai yang seakan-akan tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh wanita tersebut, ada juga netizen memuji cara dia menegur dengan nada yang sangat baik.

komen netizen

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Rosyam Nor Nourul Depp
2 years ago

"Hormat Wanita? Tengok Sendirilah.." - Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...