Tanggal 28 Mac 2022 sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana hari ini merupakan tarikh di mana Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan secara berperingkat dan rakyat juga boleh menyemak status sama ada layak atau tidak menerima bantuan tersebut.
Sehubungan dengan itu, netizen dilaporkan berpusu-pusu menyemak status masing-masing di portal rasmi MyBKM dan ramai juga dilaporkan yang ‘kecewa’ kerana rata-ratanya tidak lulus sekaligus mempersoalkan mengapakah permohonan mereka ditolak.
Perkongsian seorang individu ini di Twitter mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan anda di luar sana yang mungkin tertanya-tanya persoalan yang sama.
Individu itu juga mendakwa dirinya telah menghubungi sendiri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
not sure lah guys, sebab tadi staff tu cakap kalau dia detect ic kita ada dalam kementerian pengajian tinggi which is KPT mmg tak lulus. sebab diorang cakap untuk kali ni, student tak layak untuk mohon
— Jemy (@khrlazmiii) March 28, 2022
Sekiranya diorang (LHDN) detect korang student, jadi automatik akan gagal dan tidak lulus. Jadi yang mana yang studen tu, harap bertabah ya.
Katanya lagi, sekiranya pihak LHDN telah mengenal pasti data pemohon seperti nombor kad pengenalan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), makan keputusan yang dipohon adalah gagal.
Sekadar info tambahan, bayaran bagi kategori bujang adalah sebanyak RM350 dan akan dibayar mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat.