“Bukan Paksaan Tapi Latihan..”- Tak Setuju Kanak-Kanak Dipakaikan Tudung, Individu Ini Dikritik Netizen

Kehidupan

“Bukan Paksaan Tapi Latihan..”- Tak Setuju Kanak-Kanak Dipakaikan Tudung, Individu Ini Dikritik Netizen

Tular di media sosial semalam apabila seorang individu tampil meluahkan pendapatnya apabila dia tidak bersetuju kanak-kanak perempuan diajar untuk memakai tudung semenjak kecil.

Individu itu memberi pendapat sedemikian sebagai respon kepada sebuah video menjual tudung untuk kanak-kanak di Twitter.

Advertisement

Kata individu itu, dia berasa kasihan terhadap kanak-kanak yang dipakaikan tudung dan dakwanya perbuatan itu adalah satu bentuk paksaan.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat respon dan pendapat yang pelbagai dluahkan oleh netizen sama ada bersetuju atau tidak.

Kata sesetengah netizen, mereka lebih memilih untuk tidak ‘memaksa’ anak-anak memakai tudung dari usia kecil dan hanya mengajar anak-anak berhijab ketika sudah mencapai akil baligh.

TwitterSumber : Twitter  

Zaman dia kecil biarlah dia main, masa untuk dia explore. Saya secara peribadi pun tak suka tapi takut nak cakap.

Namun begitu, pendapat individu itu dikecam hebat dan ada sesetengah netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang yang jahil agama malah turut menerima ugutan bunuh!

Bukan wajib tapi atas jalan melatih diri anak. Dia pakai buka, pakai buka..supaya dalam hatinya perintah bertudung itu ke atas dirinya. Nantia bila umur dia mencapai 10 dan 11 tahun dia akan pakai tudung terus.

Dalam pada itu, memetik jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini, penceramah bebas itu menyarankan agar ibu bapa mengajar anak masing-masing untuk memakai tudung ketika berumur tujuh tahun.

“Suruh pakai tudung dari umur tujuh tahun, sebab itu dalam kitab fekah dikiaskan supaya suruh sembahyang..suruh juga bertudung atau berhijab ketika umur tujuh tahun..” ujarnya.

Doktor veterinar
2 years ago

Didakwa Dapat Duit ‘Haram’ Kerana Pegang Anjing, Doktor Veterinar Ini Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...