Pelakon Nabila Huda memang suka berkongsi video masakannya di Instagram namun baru-baru ini dia dikecam warganet gara-gara video dimuat naik olehnya di instastory.
Menerusi hantaran dikongsikan seorang individu bernama Alia di Twitter, pelakon yang mesra dipanggil Abil itu telah mengkritik satu video masakan dari TikTok.
Video tersebut menunjukkan pengguna terbabit berkongsi resipi membut nasi goreng namun Abil dan suaminya telah mentertawakan dan mempersoal bahan yang digunakan.
Buat nasi goreng pun kena bahan dengan Nabila Huda eh. Kesian owner video. Siap cakap jahanam lagi. Macam lah dia tu terpaling chef.”
Buat nasi goreng pun kena bahan dgn Nabila Huda eh. Kesian owner video. Siap cakap jahanam lagi. Macam lah dia tu terpaling chef. Ee annoying nya artis suam kuku mcm ni. Kutuk kutuk rezeki. pic.twitter.com/6W1E8Oattr
— Alia Natasya (@_alianatasyah) October 14, 2022
Tindakan Abil dan suaminya itu mendapat kecaman warganet di Twitter kerana menurut mereka ia tidak patut apatah lagi nasi goreng adalah satu makanan yang tiada resipi khas.
Malah, menerusi story Abil itu juga suaminya boleh didengari menyebut ‘jahanam’ selepas melihat resipi tersebut menggunakan serbuk dipercayai serbuk kari atau kunyit.
Bagaimanapun, menerusi akaun TikTok Nabila Huda ada memuat naik penjelasannya selepas teruk dikecam warganet tentang hal itu.
Kata Abil, dia tidak berniat untuk mengutuk masakan individu tersebut sebaliknya dia mentertawakan tindakannya meletakkan tajuk video itu ‘nasi goreng viral nabila huda’.
Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecik hati.”
Difahamkan, TikTok telah mengambil tindakan untuk removed video terbabit namun atas alasan ‘abusive behavior’ namun tidak dapat dipastikan jika Abil sendiri ada membuat laporan terhadap posting itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.