Rasanya ramai yang sudah ketahui dua selebriti popular ini sering kali dibandingkan dari segi segala perkara, baik cara kehidupan, perniagaan mahupun fesyen.
Baru-baru ini, sekali lagi Neelofa dan Fazura di bandingkan oleh peminat di laman media sosial, TikTok.
Menerusi platform berkenaan, pengguna yang difahamkan peminat Neelofa telah mendakwa Fazura meniru gaya bekas pengacara rancangan MeleTOP berkenaan.
Dalam rakaman yang dimuat naik itu, pengguna tersebut telah membuat perbandingan yang kononnya untuk membuktikan Fazura sememangnya meniru gaya Neelofa sebelum dia berniqab.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pengguna tersebut.
Malah, mereka juga berkata pelakon Pisau Cukur tersebut tidak akan dapat pernah menandingi Lofa kerana dia mempunyai ‘level’ dimana tiada siapa boleh mengalahkannya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih perhatian orang ramai hingga mendapat lebih 900,000 tontonan daripada warganet dan lebih 20,000 tanda suka.
’
makohijo
October 13, 2022 at 9:53 am
gila nya org yg tak habis2 bandingkan kehidupan diorg. each person ada kelebihan kan keistimewaan sendiri. no such thing as so folan copy si folan kan dah dalam industri yg sama dan mereka berdua adalah successfull business women. kalau anything patut bangga ada wanita yg berani tampil macam mereka. of course masing2 ada preference sendiri obviously aku lebih suka dengan fazura but that doesnt mean i hate neelofa. kesian nya dak tiktok yg buat video perbandingan tu who hurt youuuuuuuu gurlll? please get help and therapy
Anonymous
September 23, 2022 at 10:12 pm
hahhhh pesyen apooo??? serabut je sbb katik.