“Shuib Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman Saya..” – Datuk Seri Vida

Hiburan

“Shuib Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman Saya..” – Datuk Seri Vida

Jutawan dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan bahawa dia tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu.

Malah, kata DS Vida lagi, Shuib memenuhi kriteria dan ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini.

Advertisement

Ujarnya, Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang dan dia melihat sendiri bagaimana pelawak itu melayan anak-anaknya dengan baik dan sempurna.

Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok juga.

Tambah DS Vida, meskipun ada yang mengatakan dia serasi benar bersama degan Shuib namun baginya, setiap perhubungan itu mestilah melalui proses perkenalan dan juga mendapat restu.

“Kalau tanya saya sekarang, saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib.” kata Vida.

Vida dan anak anak shuib
3 years ago

Buat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...