Buat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Hiburan

Buat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Pemergian penyanyi Siti Sarah ke rahmatullah masih lagi dirasai peminat apatah lagi buat suami, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu.

Terbaru, usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida ada mengadakan sambutan hari lahir anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, sedutan video tersebut memperlihatkan anak-anak Shuib begitu mesra dengan usahawan kosmetik itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial DS Vida memuji sifat keibuan yang ditonjolkan dalam usaha menceriakan Uwais dan juga adik-adiknya yang lain.

Komen DS Vida

Ada juga komen-komen nakal yang berharap supaya Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tidak kurang juga yang mengusik supaya mendapatkan restu daripada anak DS Vida iaitu Cik B sebelum berjodohan dengan Shuib.

Macam-macam la eh….

DS Vida
2 years ago

Dato' Seri Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki 'Kacak'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...