Shuhada Dedah Insiden Ditumbuk Hafidz Ada Kaitan Dengan ‘Penyondol’ – “Mereka Masih Berhubung…”

Trending

Shuhada Dedah Insiden Ditumbuk Hafidz Ada Kaitan Dengan ‘Penyondol’ – “Mereka Masih Berhubung…”

Hangat diperkatakan di media sosial tentang insiden Hafidz Roshdi menumbuk isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali di bahagian muka.

Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga Shuhada dan ia berlaku ketika mereka berbincang di dalam sebuah kereta di R&R berdekatan Sungai Buloh.

Advertisement

Lebih menyedihkan, Shuhada baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -29 beberapa hari sebelum kejadian itu.

Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak.”

Akibat serangan itu, Shuhada dilaporkan menerima 10 jahitan di pipi kirinya dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan sewajarnya.

Shuhada turut mendedahkan bahawa tindakan Hafidz mengasarinya itu ada kaitan dengan wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya iaitu Athira Yuhada.

Dia turut berpesan kepada wanita itu untuk tidak berbohong dengan hubungan mereka berdua yang masih terjalin meskipun berkata akan memutuskannya.

Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan.”

Selepas semua yang telah berlaku, Shuhada berkata dia nekad untuk berpisah dan berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac akan datang berlangsung dengan baik.

Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini.”

2 years ago

Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi, Rupanya Shuhada Baru Sambut Hari Jadi Beberapa Hari Sebelum Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...