Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi, Rupanya Shuhada Baru Sambut Hari Jadi Beberapa Hari Sebelum Kejadian

Trending

Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi, Rupanya Shuhada Baru Sambut Hari Jadi Beberapa Hari Sebelum Kejadian

Akibat ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suami sendiri, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri terpaksa menanggung kesakitan dan kini mengalami cacat kekal pada wajahnya.

Menerusi luahan hatinya yang dimuat naik di Instagram story, Shuhada sempat mengingatkan Hafidz supaya tidak berpura-pura baik dengan membuat hantaran video bersama anak-anak.

Advertisement

1 year ago

“Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Ini, Semoga Allah Balas Seberat Berat Kifarah “ – Shuhada

Sudahlah dicurangi, bagaikan tidak cukup dengan itu ditambah pula dengan ditumbuk oleh suami yang telah melafazkan cerai bersaksikan keluarga.

Lebih menyedihkan, Shuhada ternyata baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 beberapa hari lepas sebelum insiden dikasari Hafidz.

Video menunjukkan Shuhada menerima kejutan jambangan bunga dan coklat tular di TikTok dan ia menyentuh hati serta membuatkan ramai berasa sebak.

Dalam pada itu, segelintir wanita menegur Shuhada tampak seperti sudah kurus dan ada yang memuji kecantikannya meskipun tidak mengenakan sebarang mekap di wajahnya.

Shu ni kalau pandai mekap mesti lagi lawa. Simple macam ni pun dah manis.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...