Shila Amzah Dan Sharnaaz Mengaku Bercinta, Sila Patah Seribu

Hiburan

Shila Amzah Dan Sharnaaz Mengaku Bercinta, Sila Patah Seribu

Akhirnya selepas tersebar gambar mesra Shila Amzah dan Sharnaaz semasa menghadiri AJL26, mereka berdua telah tampil ke hadapan dan mengakui sedang bercinta. Pasti ramai lelaki di luar sana yang meminati Shila Amzah akan patah seribu mendengar perkhabaran ini. Sabar ye semua ~~

shila bercinta dengan sharnaaz

Advertisement

Kata Sharnaaz:-

Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya. Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan. Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali. Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak.

Beruntunglah Sharnaaz dapat seorang kekasih yang begitu memahami dirinya. Kalau dah 27 tahun tue, memang molek benarlah berfikir tentang mendirikan rumah tangga. Abang Nara doakan agar percintaan mereka berdua ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kepada peminat Shila Amzah dan Sharnaaz, kalau anda kecewa dengan berita ini, silalah pergi karaoke dan nyanyikan lagu Patah Seribu sampai pecah anak tekak. Hehehe. Kredit berita Mstar.

P.S: 10 gambar penjelmaan misteri di dalam foto di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

42 Comments

  1. Aku rasa mcm nak tampar jer budak gemuk dlm rancangan Jangan Tidur Lagi tuh

    February 13, 2012 at 3:30 pm

    Semoga berbahagia….

  2. meeradriana

    February 13, 2012 at 2:23 pm

    menyampah tgk artis bermuka²..
    mula² kata adik beradik angkat..
    pasu kata bestfriend..
    now baru nak kata couple..
    sekeh kang!!!!

    • kasut.biru.polka.dot.

      February 14, 2012 at 5:32 am

      adik beradik angkat ni alasan manusia nak berkasih sayang je. last2 ‘terangkat’.

  3. ms rabbit

    February 13, 2012 at 2:05 pm

    ee boring. dlu kata sekadar kwan. ape ntah. mmg ngok !!

  4. wawa

    February 13, 2012 at 1:34 pm

    Sorry to say lah..if pegang2 mcm nie tak nak plak media kat mesia kuar ayat sarcastic..tp kalo artis pegang anjing tu bukan main lagi sarcatic ayat2 nie… d ingatkan lah sesungguhnye pegang anjing dalam ISLAM tu boleh d samak tp kalo pegang anak dara orang mati pun tak boleh d samak… Umat manusia skrg ske memberatkan benda yg tak sepatutnye d beratkan tp yg trang2 haram sume buat2 terlepas pandang..Masyallah..

  5. Triple_j

    February 13, 2012 at 1:21 pm

    ni baru nak belajar bercinta la ni, sampai cintan habis, pegang tangan dok rapat2 masa bergambar…jaga nama baik diri sendiri dan keluarga tau, fikir sebelum nak buat sesuatu…

Loading...