February 13th, 2012

Akhirnya selepas tersebar gambar mesra Shila Amzah dan Sharnaaz semasa menghadiri AJL26, mereka berdua telah tampil ke hadapan dan mengakui sedang bercinta. Pasti ramai lelaki di luar sana yang meminati Shila Amzah akan patah seribu mendengar perkhabaran ini. Sabar ye semua ~~

shila bercinta dengan sharnaaz

Kata Sharnaaz:-

Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya. Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan. Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu ada terfikir untuk berkahwin tapi perlu diingat, berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali. Tetapi saya tidak memberi tekanan kepada diri mahupun Shila tentang hal ini. Begitu juga dengan keluarga kami, mereka tidak pernah mendesak.

Beruntunglah Sharnaaz dapat seorang kekasih yang begitu memahami dirinya. Kalau dah 27 tahun tue, memang molek benarlah berfikir tentang mendirikan rumah tangga. Abang Nara doakan agar percintaan mereka berdua ini kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kepada peminat Shila Amzah dan Sharnaaz, kalau anda kecewa dengan berita ini, silalah pergi karaoke dan nyanyikan lagu Patah Seribu sampai pecah anak tekak. Hehehe. Kredit berita Mstar.

P.S: 10 gambar penjelmaan misteri di dalam foto di Malaysia.


42 responses to “Shila Amzah Dan Sharnaaz Mengaku Bercinta, Sila Patah Seribu”

  1. wanita sopan says:

    erm sesape pon xheran dorg ni bcinta…x menarik pon..shila 2 perasan cun je!!(nmpk sgt)

  2. entahla says:

    Zzzzzzzzzzzz..

  3. suke suki says:

    aku rase kasut.biru.polka.dot. darling ann juling lamlitamlom shuck unknown kisah ke tak? adelah org yg sama.. mmm sori klu tersalah..

  4. Nami says:

    saya mengaku saya pun sedang bercinta….sila patah sejuta.bye.

  5. doraemon says:

    awat ye mak ayah shila ni x kisah anak dara diorg kene pegang2 mcm tu. kalah org dah nikah pulak skrg ni berkepit bersentuh2.

    • kisah ke tak? says:

      tu ler, aku pun pelik gak. patutler umat skang dh tunggang langgang. sbb dh start tertunggang dr mak bapak lagik.. huhhh sadisss

Loading...