Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shikin Maembong Sahkan Sudah Bercerai Dengan Chef Riz

Baru-baru ini Shikin Maembong telah mencetuskan tanda tanya mengenai status perkahwinan beliau bersama Chef Riz apabila memuat naik beberapa foto yang menggambarkan beliau sudah kembali solo di akaun Instagram miliknya.

Setelah diasak dengan pelbagai persoalan,akhirnya kakak kepada pelakon Emma Maembong  itu mengesahkan beliau sudah bercerai dengan Chef Riz sekitar bulan Jun lepas.

Advertisement

Shikin menyifatkan penceraian itu berlaku kerana mereka sudah tidak ada jodoh dan enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri. Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh.

Walaubagaimanapun, mereka masih lagi mengekalkan hubungan yang baik demi anak mereak Putri Arianna Natasya.

Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.

Advertisement

Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua.

Chef Riz dan Shikin Maembong mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia tetapi bercerai pada Disember 2012 hanya selepas 11 bulan bergelar suami isteri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top