July 25th, 2016

Hari ini kami ada dengar khabar angin yang mengejutkan apabila ada pihak yang mendakwa rumah tangga Chef Riz dan Shikin Maembong sudah pun berakhir.

Dakwaan itu dibuat selepas melihat beberapa gambar terbaru Shikin di akaun Instagram miliknya yang memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali solo dan hanya hidup berdua bersama anaknya Putri Arianna Natasya.

Menurut Shikin, tekanan yang dialaminya sudah berkurangan dan beluau kini merasa lebih tenang.

Malah, dalam muat naik yang lain pula beliau mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini bahagia hidup bersama anaknya.

Hashtag #newjourneybegins #justthetwoofus yang disertakan oleh Shikin didalam fotonya itu juga mencetuskan pelbagai persoalan.

Terdahulu, Chef Riz pernah mengakui beliau menghadapi sedikit konflik bersama Shikin yang merajuk kerana beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. Walaubagaimanapun, Chef Riz memberitahu masalah itu sudah selesai dan ia adalah lumrah untuk pasangan yang berkahwin mempunyai sedikit masalah.

Emmm, kami harap berita ini tidak benar. Iyalah, kesian juga pada anak perempuan mereka yang masih kecil. Tentu masih mahukan belaian dan kasih seorang ayah di sisi.


Comments are closed.

Loading...