Hujung minggu lalu menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, beliau ada melaporkan berita dimana pelakon Sherry Ibrahim kini sedang dilamun asmara sehingga tidak tidur lena sejak menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan. Â Terkejut mendengar gosip tersebut, Sherry tampil menafikan beliau kini sudah mempunyai teman istimewa seperti yang diperkatakan.
Saya masih belum bertemu pengganti selepas lapan bulan bergelar solo. Sebab itu saya terkejut apabila mendapat tahu nama saya dikaitkan bercinta dengan ahli perniagaan pula.
Tambah Sherry, beliau masih belum terdesak untuk mendirikan rumah tangga meskipun sudah memasuki usia 30 an dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
Pada usia sekarang, saya juga ingin berkahwin dan membina keluarga. Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu calon yang sesuai.
Saya percaya jodoh itu akan tiba apabila sampai masanya nanti. Keluarga juga tidak mendesak kerana mereka juga memahami. Buat masa ini, fokus saya adalah terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta perniagaan yang diusahakan.
Satu hari nanti inshaAllah Sherry akan bertemu dengan jodoh yang sesuai. Jangan pedulikan kritikan orang dan terus berdoa. Kadang-kadang, sesuatu yang terbaik buat seseorang itu datang lambat.