March 13th, 2017

Tidak kami nafikan, kisah cinta Sherry Ibrahim sering tidak kesampaian. Pernah bercinta dengan beberapa pelakon popular sebelum ini, Sherry pernah akui beliau enggan lagi memikirkan soal lelaki dan mahu fokus kepada kerjayanya.

Namun, menerusi ruangan Diva di akhbar Kosmo, beliau melaporkan Sherry kini sedang berbahagia ataupun kata orang angau. Wah, siapalah agaknya jejaka yang sudah berjaya memikat hati Sherry?

Ada yang menyampaikan ke telinga Diva betapa hati aktres popular, Sherry Ibrahim kini dengar-dengarnya sedang berbunga bahagia. Sampai tidak tidur malam dibuatnya kerana angau asmara. Amboi, betul ke Sherry? Siapa jejaka bertuah yang dapat melembuatkan hati Sherry yang seringkali patah hati angkara kisah cinta yang tidak kesampaian sebelum ini, Diva kurang pasti pula.

Sherry bukanlah seseorang yang suka untuk bercerita tentang soal cintanya. Walaubagaimanapun, jika berita ini benar kami ucapkan tahniah kepada Sherry dan berdoa agar hubungan beliau kali ini ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Kalau dah sesuai tu, jangan bercinta lama sangat. Hehe

Sumber Berita : Kosmo!


Comments are closed.

Loading...