Sherry Al Hadad Minta Netizen Maafkan Mark Adam

Hiburan

Sherry Al Hadad Minta Netizen Maafkan Mark Adam

Sehingga kini penyanyi dan pelawak, Mark Adam masih lagi dikecam gara-gara gurauannya mengenai bentuk badan pengacara, Sherry Al Hadad. Ramai yang menganggap tindakan Mark itu sebagai ‘body shaming’. Komen mengenai saiz badan seseorang tidak boleh dibawa main apatah lagi di atas pentas rancangan yang disiarkan secara langsung.

Advertisement

Terbaru, Sherry tampil memberikan komen mengenai isu tersebut. Menurut Sherry, dia mengerti Mark tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung perasaannya dan telah memaafkan penyanyi itu. Sherry turut berharap agar netizen berhenti mengecam Mark.

sherry alhadad maafkan mark adam

Rata-rata netizen memuji sikap Sherry yang begitu profesional dan tidak mudah melenting dengan isu ‘body shaming’ berkaitan dengannya.

sherry alhadad body shamingsherry alhadadmark adam minta maaf

Terdahulu, Mark tampil memohon maaf secara terbuka atas ketelanjurannya bergurau keterlaluan mengenai fizikal Sherry. Jelasnya, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa dan cukup menyesal dengan apa yang sudah berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...