Umum mengetahui penyanyi dan pelawak, Mark Adam dikenali dengan lawaknya yang spontan dan bersahaja, mencuit hati ramai.
Minggu lalu, Mark dijemput sebagai juri jemputan program Big Stage. Bagaimanapun, ramai yang tidak puas hati dengan komennya. Apa yang berlaku?
Tindakan Mark “bergurau” mengenai saiz badan pengacara, Sherry Alhadad sebagai ‘Big’ adalah sangat tidak profesional. Rata-rata netizen menganggap “gurauan” itu tidak kelakar dan bersifat ‘body shaming’.
Tidak menghormati orang, ‘body
shaming’ biadab
Kalau aku lah kan jadi sherry aku baling mic tu hormat lah kami yg sasa sasa ni ye. Bukan main mark adam ni #Bigstage pic.twitter.com/T7kwfdpeQW
— Hafiiyyy (@hxfiy) August 18, 2019
Nasib baik Alif Satar pandai ‘cover’
Mark – ” This opportunity is big you see. Even the host is big “
Alif Satar – ” Mark you are right. She has big talent bro ”
I have so much respect for Alif Satar. https://t.co/rnOHzpOxFn
— Mai (@MaisarahMahmud) August 19, 2019
Alif Satar yang bergandingan sebagai hos program itu bersama Sherry telah menyelamatkan keadaaan dengan mengatakan bahawa Sherry mempunyai bakat yang besar. Reaksi pantas Alif mendapat pujian netizen.
Tidak bermaksud nak malukan Sherry,
maaf saya menyesal
Mark menerusi akaun Instagramya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan situasi sebenar. Dia tidak bermaksud hendak memalukan Sherry.
Menurut Mark, dia belum sempat untuk selesaikan ayatnya itu dan menyebabkan salah faham dalam kalangan netizen.

aih
August 20, 2019 at 3:03 pm
rakyat malaysia je yang agungkan si Mark Adam ni.. kalau aku, mmg x yah nak bagi peluang dia pun kat sini… korang tgk, Negara Pinoy ada bagi peluang kat mana2 artis kita macam mark.. hanya orang Malaysia je yang bangan* bagi peluang kat Mark Adam tuk terus maharajela…
bila kata melayu bodoh, marah… mark adam jelas tunjuk kebodohan melayu malaysia yang sokong dia… sorry to say Mark Adam,, i mmg tak suka u kacau dalam kita punya industri dan i lagi x suka kepada mana2 yang bagi peluang kat you tuk masuk dalam industry kita..
feldegast
August 20, 2019 at 5:07 pm
Spesis Malay yang asyik bising orang luar ambik job, orang luar lebih berjaya, orang luar diagungkan sebagainya.
Tapi dia dok macam tu jugak tak upgrade diri sikit pun. Expecting to be helped all the way tanpa usaha.
Drpd ko whining and moaning, baik ko usaha lebih lagi daripada diorg, lagi2 ko Malay ada support semua dari banyak pihak.
You are paid with the same effort you put into your work. Diorg usaha lebih, banyak la diorg dapat.
Ko usaha tang keyboard warrior je, memang tahap ko sama je la.
Anonymous
August 20, 2019 at 12:46 pm
Kenapa masa shuk bahan sherry episod i can see your voice takda siapa kata shuk body shaming sherry? Butthurt sangat. Diorang tu member sesama member. Macam korang dengan member sendiri takda yang kau panggil mok / bam / buntal / jongang (jo) / panjang. Tu bukan body shaming ke