Shebby Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Berita

Shebby Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih mesra dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia pada usia 61 tahun, petang Rabu.

Hal terbabit telah disahkan sendiri oleh pihak Astro Arena dan kejadian berlaku apabila beliau jatuh pengsan semasa sedang berbasikal di Kledang, Johor.

Advertisement

Seorang insan yang memulakan kerjayanya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian tahanan bagi pasukan Johor FA sebelum beliau berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada tahun 1983.

Beliau juga pernah beraksi di dalam pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak dengan Perak FA pada tahun  1996.

Advertisement

Sejak mendiang bersara sebagai pemain kebangsaan, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang sukan tetapi sebagai jurulatih dan menjadi hos untuk rancangan sukan di Asia.

Tidak hanya menyumbangkan tenaga khidmatnya kepada pasukan kebangsaan saja, malah mendiang juga merupakan Penasihat Global Blackburn Rovers pada 2012.

Peniaga kesal dapat duit palsu
4 bulan lalu

Peniaga Kesal Pasangan 'Berlagak' Kaya Berbelanja Sakan Pakai Duit Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...