Peniaga Kesal Pasangan ‘Berlagak’ Kaya Berbelanja Sakan Pakai Duit Palsu

Kehidupan

Peniaga Kesal Pasangan ‘Berlagak’ Kaya Berbelanja Sakan Pakai Duit Palsu

Seorang peniaga di Tapak Penjaja Chembong yang menjual aneka kuih muih dan makanan ringan meluahkan rasa terkilan apabila dia terpaksa menanggung kerugian gara-gara menerima sekeping wang palsu bernilai RM100 ketika menjual di gerainya semalam, lapor Kosmo Online.

Peniaga yang dikenali sebagai Nur Ashikin Kadir,35, itu memaklumkan bahawa dia pada ketika itu sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan termasuklah individu yang kelihatan tergesa-gesa membuat pembelian di gerainya.

Advertisement
Duit palsuSumber : Kosmo Online  

Kata Ashikin, individu itu merupakan pasangan lelaki dan wanita telah membeli kuih rojak, mee rojak dan tauhu begedil yang dianggarkan bernilai RM16.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang, ada sepasang individu lelaki dan wanita loghatnya seperti orang Indonesia. Mereka nampak seperti kaya dengan menaiki kereta jenis Proton X50.

Jelasnya, ketika menerima not berkenaan, hatinya seperti terdetik ‘tidak sedap hati’ namun menganggap wang berkenaan baru dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik (ATM) dan kelihatan saling tidak tumpah seperti duit tulen.

Duit palsuSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

“Jadi saya memang tak sangka mereka akan memberikan wang palsu kepada saya.” ujar Ashikin.

Sehubungan itu, wanita tersebut telah memuat naik makluman dan info mengenai kejadian itu di page Facebook kawasan setempat bagi memastikan tiada lagi peniaga lain yang menjadi mangsa penipuan tersebut sehingga mengalami kerugian dalam perniagaan mereka.

subjek PAI terlalu lama
2 years ago

"Ni Bukan Sekolah Agama, Ni Sekolah Kebangsaan" - Bapa Berang Subjek PAI 5.5 Jam Seminggu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...