“She Looks Stunning!” – Tampil Anggun Di Venice Film Festival, Kecantikan Scha Alyahya Dipuji Rakyat Antarabangsa

Hiburan

“She Looks Stunning!” – Tampil Anggun Di Venice Film Festival, Kecantikan Scha Alyahya Dipuji Rakyat Antarabangsa

Pelakon jelita, Scha Alyahya dilaporkan telah menghadiri Festival Filem Antarabangsa ke-80 serta pertunjukan jenama fesyen terkenal, Giorgio Armani yang bertempat di Venice, Itali.

Perkara tersebut turut dikongsikan isteri kepada Awal Ashaari itu menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Menerusi beberapa hantaran foto, Scha dilihat cantik dan anggun mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam.

Tampil dengan solekan ringkas namun berseri, Scha dilihat mengenakan gincu berwarna merah dan anting-anting perak sebagai perhiasan.

Scha juga hadir ke majlis itu bersama suami, Awal Ashaari dan turut berkongsi foto bersama selebriti antarabangsa seperti India Amarteifio dan Yoyo Cao.

Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada dua orang anak itu.

Malah, ‘mat saleh’ turut dilihat meninggalkan komen yang menyamakan wajah Scha dengan Ariana Grande seumpamanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Essam Mizz Nina
8 months ago

(VIDEO) Terpancar Kebahagiaan, Mizz Nina Dan Suami Serba Putih Di Majlis Sanding, Sambut Di KL Bersama Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...