(VIDEO) Terpancar Kebahagiaan, Mizz Nina Dan Suami Serba Putih Di Majlis Sanding, Sambut Di KL Bersama Keluarga

Hiburan

(VIDEO) Terpancar Kebahagiaan, Mizz Nina Dan Suami Serba Putih Di Majlis Sanding, Sambut Di KL Bersama Keluarga

Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada bulan Jun lalu, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dan suami telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertempat di ibu kota Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Sambutan yang diadakan secara intim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat itu difahamkan telah diadakan di Boathouse Ampang.

Advertisement

Menjengah ke ruangan Instagram Story penyanyi itu, dia ada berkongsi foto dan video yang diambil tetamu untuk tatapan peminatnya di luar sana.

Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad kelihatan cantik dalam persalinan putih suci minimalist manakala hiasan persandingan pula berkonsepkan timur tengah.

@xtra_my

Sweetnyaaaa ?? Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad ? #xtramy #fyp #mizznina #majlis #kahwin #resepsi #serba #putih #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – XTRA – XTRA

Essam Mizz NinaSumber : Instagram  
Mizz Nina Essam sandingSumber : Instagram  
Mizz Nina Essam SandingSumber : Instagram  

Antara rakan-rakan artis yang turut hadir meraikan majlis tersebut adalah seperti Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim.

Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu telah bergelar isteri kepada penyanyi rap yang berasal dari Amerika Syarikat, Essam pada 15 Jun lalu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun bercerai setelah 11 tahun hidup bersama.

Perkahwinan Nina dan Noh diserikan dengan kehadiran seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelakon wanita bercium
8 months ago

Pelakon Wanita Terkenal 'Kantoi' Bercium Dengan Aktor Baru Meningkat Naik Di Kelab Malam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...