Di kesempatan ini Abang Nara ingin memohon maaf atas kekeliruan yang telah berlaku di dalam artikel sebelum ini. Abang Nara telah melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa peserta Clever Girl Shazana dari Selangor tersingkir. Sebenarnya yang tersingkir ialah Shaza dari Kelantan. Shazana yang telah menjawab soalan berkaitan Usman Awang sebelum habis soalan ditanya berjaya ke peringkat akhir dan bakal merebut hadiah RM100,000 bersama Sara Amelia Muhammad Bernard, 24 yang mewakili Perak.

Shaza, peserta dari Kelantan yang tersingkir
Diharap anda tidak terkeliru seperti Abang Nara selepas penjelasan ini. Walaupun menimbulkan kontroversi dengan jawapan pantasnya minggu lalu, Shazana bukanlah “rabbit” yang dimaksudkan oleh Kiera, salah seorang peserta Clever Girl yang telah menarik diri kerana mendakwa pihak produksi program itu berat sebelah. Menurut Kiera, Shazana tidak bersalah dan merupakan seorang yang berprinsip. Kata Kiera:-
“Dia bukan ‘rabbit’ yang anda cari. Dia ada prinsip yang kuat. Apa yang saya tahu dia tidak bersalah. Saya menyokong Shazana untuk pertandingan akhir nanti dan berharap dia akan bergelar juara dan bukannya ‘rabbit’. Apabila hos bertanya apakah jawapan untuk B dia tidak dapat mengingati jawapannya. Kebiasaannya ketika sesi latihan jika kami memberikan jawapan tidak lengkap, ia akan dikira sebagai salah walapun ia tepat.

Shazana yang dilanda kontroversi minggu lalu
Sementara itu, Kiera berharap suatu hari nanti mereka dapat membuat video secara langsung dengan ‘rabbit’ sebenar bagi meminta dia menjelaskan tentang konsep asas sains dan matematik yang dijawab menerusi program itu. Katanya lagi:-
Kali terakhir kami bertanya ‘Rabbit’ tentang bagaimana dia menjawab soalan di pentas, ‘Rabbit’ akan meminta masa sejam untuk bertanya kepada rakannya untuk mendapatkan jawapan. Malah dia tunjuk perbualan Whatsapp kepada kami seseorang memberinya jawapan dan masih tidak dapat menjelaskannya. Paling lucu kami siap kena soal siasat apabila mengadu hal yang terjadi seolah-olah orang yang mengadu pula bersalah

Kiera yang menarik diri dari program Clever Girl
Apa pun final Clever Girl pada hari Jumaat ini bersamaan 13 Oktober pastinya akan menjadi satu pertarungan yang mendebarkan di antara Shazana dan Sara. Siapakah yang akan bergelar juara Clever Girl musim kedua? Siapakah “rabbit” yang dimaksudkan oleh Kiera? Sama-sama kita nantikan. Good luck and all the best kepada semua peserta. Semoga yang terbaik akan dinobatkan sebagai juara.