January 4th, 2017

Setelah merisik kekasih hatinya, Noor Nabila dalam satu majlis ringkas pada 18 Disember 2016, pelakon Sharnaaz Ahmad  bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Noor Nabila pada 9 Januari ini.

Menurut portal Astro Gempak, Sharnaaz akan mengadakan satu sidang media khas yang bertempat di sebuah kafe di Kuala Lumpur bagi menjelaskan setiap butiran mengenai majlis raja seharinya itu.

Terdahulu, Sharnaaz ada memberitahu tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.

Noor Nabila adalah calon isteri yang paling tepat buat dirinya kerana beliau memahami kerjaya Sharnaaz sebagai seorang artis.

Harapnya segala yang direncana oleh mereka berdua berjalan dengan lancar. Sama-sama kita nantikan sidang media khas perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...