Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Umum Bakal Bernikah Dengan Noor Nabila Tahun Depan

Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun depan.

Advertisement

Sharnaaz mengumumkan berita gembira itu selepas memberitahu keluarganya telah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas sekitar jam 11 pagi semalam bertempat di kediaman pihak perempuan.

Menurut Sharnaaz, tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.

Pada majlis berkenaan, keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya. Kami juga sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan.

Insya-Allah, atas persetujuan bersama, kami berdua bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun depan.  Menurut perancangan juga, jika boleh kami akan mengadakan majlis kahwin sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal. Jadi, dapatlah kami beraya sama sebagai suami isteri.

Advertisement

Buat Sharnaaz, Noor Nabila mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan isteirnya selain memahami kerjaya beliau sebagai artis.

Saya tidak menganggap dirinya sebagai figura yang sesuai dijadikan kekasih semata-mata, sebaliknya lebih kepada wanita yang memiliki kriteria menjadi isteri yang baik.

Melihat caranya melayan saya dan bagaimana beliau mampu berdepan dengan pelbagai keadaan, saya yakin Nabila pilihan yang tepat. Beliau boleh menjaga saya dengan baik. Insya-Allah.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, setiap perancangan yang baik InshaAllah akan dipermudahkan. Tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semoga hubungan kalian kekal buat selamanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top