Pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca berita ini. Sharifah Sakinah telah pun mengesahkan yang dirinya bakal bergelar isteri kepada Aliff Adha pada Mac tahun depan. Untuk makluman, Sharifah Sakinah mula berkenalan dengan Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang pada awal tahun ini. Jadi ini bermakna mereka akan berkahwin selepas hampir lebih kurang setahun bercinta.
Pada 25 Oktober ini, Sharifah Sakinah dan Aliff Adha akan mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Kata Sharifah Sakinah menerusi Berita Harian:-
Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan. Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.
Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama. Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Sharifah Sakinah dan Aliff Adha atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Tak sabar nak tengok Sharifah Sakinah di atas pelamin kelak. Pasti cantik berseri-seri bak bidadari. Tahniah!!!