Selepas tersebarnya video Sharifah Sakinah yang boleh dikategorikan agak lucah, pelbagai kritikan dan kutukan telah diterima oleh empunya badan. Secara jujur, memang tak wajar video sebegitu dirakamkan oleh seseorang yang bergelar selebriti beragama Islam. Agak memalukan.
Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Sharifah Sakinah memohon maaf dan berkata video tersebut adalah sekadar gurauan. Kata Sharifah Sakinah:-
Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan. Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu
Video tersebut telah pun dipadamkan oleh Anzalna. Semoga kejadian ini akan dijadikan pengajaran buat Sharifah Sakinah dan artis-artis lain. Kalau kemaruk sangat nak buat video, buat video Gwiyomi pun ok dah. Lebih terserlah kecomelan berbanding video mengarut sebelum ini.
P.S: Ada masalah kulit sehingga susah nak makeup? Tak perlu risau kerana Ronasutra adalah mineral makeup yang dicipta khusus untuk kulit bermasalah dan sensitif. Sekali cuba, pasti akan terus suka. Layari www.ronasutra.com untuk info lanjut.