September 27th, 2012

Ini sememangnya agak pelik tetapi itulah kenyataannya. Kalau anda masih ingat, isteri Sham Kamikaze, Farazila telah menfailkan permohonan cerai akhir bulan Ogos yang lepas. Namun hari ini (Khamis), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan yang mereka bukan lagi suami isteri sejak 1 September 2011.

sham kamikaze dan isteri cerai

Sham Kamikaze dan Farazila yang hadir ke mahkamah untuk kes permohonan cerai telah diberitahu yang tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Sham telah melafazkan cerai terhadap isterinya 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

sham kamizake

Berikut ialah penerangan daripada Hakim Syarie Atras Mohammad Zin:-

Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini. Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak. Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah.

Farazila melahirkan rasa kelegaannya kerana kes penceraiannya ini telah selesai sementara Sham Kamikaze pula berkata yang di redha dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangganya. Info asal Mstar Online.


112 responses to “Sham Kamikaze Dan Isteri Disahkan Cerai Sejak Tahun Lepas”

  1. pinapkin says:

    Salam..dalam Mazhab Syafi’i (yg di guna pakai oleh seluruh rakyat Islam Malaysia), rujuk adalah tidak sah dgn perbuatan shj (hubungan kelamin)..rujuk adalah sah hanya dgn ucapan sarih (terang). Contohnya “aku rujuk engkau pada hari ini” @ “aku kembali kpd engkau atas nikahku”..boleh juga rujuk dengan kinayah (sindiran). Contohnya, “aku pegang akan dikau”. Yang penting mesti keluar kata2 rujuk dr mulut suami..tak boleh niat rujuk di dalam hati..Harap maklum..

  2. jebon cik embun says:

    kepada iphoneuser tu…Saya rasa X wife dia x bermsalah tapi sbliknye sham tu yang bermasalah. Selama ni Xwife dia tak pernah pun dgr pum pang pum pang kat mana2, tapi sham tu yg pum pang pum pang dgn hal kawin dua la,lepas tu kluar melodi main muzik kat China la.. kata muzik tu,boleh jadi halal selagi ada unsur dakwah, tapi kalau dah kat China dgn menipu peminat yang ingat dia pergi umrah tu dah melampau la. Kalau dah Show kat China confirm xde dakwahnya, maksiat ada la.Sama mcm bini no 2 dia pum pang pum pang jugak, itu baru bermasalah. Dulu saya minat sham, sekarang dah meluat. Suami saya pernah duduk semeja lepas habis dgr ceramah dia. Tapi x sngka dia boleh mengata istri dia pada org2 yg baru balik dari masjid. saya pelik, cm ne dia sanggup crita pada suami saya dn org ramai yg kira org luar dn x kenal pun siapa istri dia. Dn org yg x tau pun jadi pk angguk je,suami saya kecewa sebenarnya tapi suami saya diamkn dn dgr je. Dia kata Xwife dia x dgr kata dan sebagainya.Pada saya kalau suami yg baik xkn crita buruk istri sampai crita nk lepaskan lah apa lah.Hilang respect suami saya pda dia.Saya pun dh x ska dia. Saya tetap akan sokong X wife dia,kalau saya jadi istri dia pun dah lama saya mohon cerai. Thniah pada Xwife sham.

  3. jebon cik embun says:

    kepada iphoneuser tu, saya rasa isteri dia tak bermasalah sebab tak pernh pn dgr istri dia pum pang pum pang kat mana2, tapi si sham tu yg bnyak masalah, kawin senyap2,menipu main muzik untuk dakwah konon,tapi keluar melodi ‘kantoi’main muzik kat China terang2 kearah maksiat. Bini no 2 pun sama kecoh2 pum pang pum pang gak mcm bagus menghina isteri pertama,perempuan apa tu. Isteri dia yg kena kutuk tu rileks je. Saya sebenarnya kesal dgn sham tu, dulu minat, lepas saya habis dgr cermah dia duduk semeja saya terus x minat sebab saya pelik, kenapa dia berani cerita dan memburukkn isteri dia pada semua org yg dari masjid pulak tu, termasuk lah saya terpaksa mendengar, kalau yg bodoh menilai akan jadi pak angguk, tapi pada saya ,suami yg baik takkan burukkan istri, saya ada disana bila dia kata isterinya x dgr kata la, nak lepaskan lah dan mcm2 gi, knepa nk crita hl rumahtngga kt orang seperti saya yg x tahu pun siapa isterinya, SubhanAllah .Saya memang x respect dia dah.Kalau saya jadi istri dia, dah lama dah saya mintak cerai. Saya sokong tindakan istri dia yg bijak.

  4. Budget 2013: Ya harga rokok tak naik !!!!!! says:

    penting ke? ada aku kesah…?????

Loading...