September 3rd, 2012

Terkejut Abang Nara membaca berita tentang permohonan cerai isteri Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar ini. Mereka berdua telah bernikah secara rahsia pada 17 Ogos 2008 yang lalu. Permohonan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Ogos yang lepas.

isteri sham kamikaze minta cerai

Menurut Farazila, dia memfailkan penceraian kerana konflik dalaman yang telah berlarutan selama 3 tahun. Kata Farazila:-

Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini.

isteri sham kamikaze minta cerai
Namun begitu Farazila menafikan yang dia memohon cerai kerana kontroversi kononnya Sham sudah bernikah satu lagi pada bulan Januari lalu. Bagi Farazila, dia tidak kisah untuk bermadu namun itu bukan faktor utama permohonan cerai ini.

Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya. Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini.

isteri sham kamikaze minta cerai

Kesian pulak Abang Nara membaca kata-kata Farazila ini. Tak sangka pula orang sealim Sham Kamikaze sanggup bersikap kasar terhadap isterinya sendiri. Mungkin Sham ada sebabnya yang tersendiri berbuat sedemikian. Apa pun semoga masalah rumahtangga Sham dan isterinya dapat diselesaikan secepat mungkin. Kredit info Mstar Online.


169 responses to “Isteri Sham Kamikaze Failkan Penceraian, Hanya Bahagia Di Tahun Pertama”

  1. […] sememangnya agak pelik tetapi itulah kenyataannya. Kalau anda masih ingat, isteri Sham Kamikaze, Farazila telah menfailkan permohonan cerai akhir bulan Ogos yang lepas. Namun hari ini (Khamis), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan yang mereka bukan […]

  2. An Nisa says:

    Assalamualaikum…

    Maaf. saya sekadar ingin menyuarakan pendapat peribadi. Sebagai hamba Allah, saya ingin berkata sesuatu di sini. pada pendapat saya, tak perlulah dipertikaikan soal alim atau tidak saudara sham itu. dia juga manusia. kita juga manusia. Hakikatnya, kita semua adalah SAMA di sisiNya. Yang membezakan kita hanyalah keimanan dan ketaqwaan. Tak perlu juga dipertikaikan soal “cakap tak serupa bikin”. Adakah kita pernah lihat? adakah kita melihat sesuatu yang di lakukan oleh saudara sham? Saya faham, bagaimana perasaan seorang wanita. kerana saya juga seorang wanita. tetapi, tidak bermakna, kita perlu terus menyalahkan lelaki. Ingatlah, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Allah dah janji semua itu. Allah Al ‘Alim. Al Khabir, Maha Mengetahui semuanya, Maha Mengetahui segala rahsia.

    Sahabat semua, sama2 kita istighfar… sudah jauh kita hanyut dalam dunia begini. Tak perlulah dipanjangkan cerita soal jodoh mereka. Mungkin, mereka berdua telah berusaha sebaik mungkin, namun, ketentuan Allah ternyata lebih baik. Tak perlulah kita menilai alimnya seseorang itu sedangkan kita sendiri masih terkapai2 mencari cara untuk tingkatkan iman.

    Soal dakwah saudara sham, sama ada dia lakukan apa yang di dakwahkan, itu urusan nya dengan Allah. Itu dosa peribadinya dengan Allah. Secara tidak langsung, dia peroleh pahala kerana menyebarkan kebaikan. Kita bising di sini? Adakah pahala kebaikan itu kita dapat?

    Jika tidak mahu menambah pahala, janganlah pula kita mencari dosa. Walau siapa kita, dan walau bagaimana sekalipun hidup seseorang itu, kita semua akan berkumpul di atas satu padang yang sama juga nanti.

    Dan, buat sis farazila,, saya doakan agar sis tabah menghadapi ujian Allah.
    “la yukallifullahu nafsan illa wus’aha” -Allah tidak membebani hambaNya lebih dari kemampuan. “Fa inna ma’al ‘usri yuro” -Di setiap kesusahan ada kemudahan. InsyaAllah, jika perceraian ini adalah jalan yang terbaik, kita tidak ada hak untuk memeprtikai kan apa2. Semoga sis fara dan saudara sham bertemu kebahagiaan di dunia dan di akhirat… aamiin..

    Kita senang untuk bercakap itu ini tentang manusia, cuba kalau ini terjadi pada kita? Sahabat semua, setiap amalan kita akan di ambil kira. Walau sebesar zarah…

    Semoga kita semua terselamat dari hanyutan fitnah… semoga Allah lindungi kita semua… Sama-sama kita istighfar… moga Allah ampuni dosa kita.. Aamiin.. Allahumma aamiin Ya Karim….

    -ikhlas dari hati.

  3. berpandangan + says:

    x baik cerita buruk pasal orang lain. kita x boleh bertanggapan buruk pasal orang dan menyalahkan seseorang tanpa usul periksa. Abang NARA ni boleh berdosa ni.. Cmne perasaan abang nara klau satu hari nanti kisah hidup abang NARA dicanang orang, ada masalah rumahtangga, satu MALAYSIA tau.. lepas tu baru tau langit tinggi ke rendah

  4. Terbongkar suda says:

    “Isteri Kedua” dan keluarganya beria2 mengaku sudah berkahwin dengan Sham
    +
    Sham menafikan dakwaan Perkahwinan Kedua adalah ‘fitnah’
    +
    Isteri Pertama mintak cerai dan disuruh tutup mulut pasal kontroversi Perkahwinan Kedua
    =
    Masak la ko nak jawab..!!

Loading...