Shahrulezad Dipindah Ke HSB Akibat Oksigen Rendah

Hiburan

Shahrulezad Dipindah Ke HSB Akibat Oksigen Rendah

Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak semalam berikutan paras oksigen rendah.

Shahrulezad
3 years ago

"Jangan Percaya Ujian 'Saliva' Atau Antigen, Pada Awalnya Negatif, Rupa-Rupanya Positif" - Shahrulezad

Advertisement

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, pengarah drama Nur itu berkata dia mengikut saja cadangan terbaik daripada doktor di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Disebabkan tahap oksigen rendah, akhirnya saya dipindahkan ke HSB. Jangan risau, tiada isu serius, cuma kelengkapan di MAEPS untuk kes pesakit kekurangan oksigen tidak secanggih di hospital ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Bagaimanapun Shahrulezad berkata sebaik dirinya dipindahkan ke HSB, tahap oksigennya sudah mula meningkat dengan bantuan mesin oksigen yang ada di hospital tersebut.

Tambahnya lagi, doktor di HSB itu turut memberikannya suntikan untuk mencairkan darah sebab kuman COVID-19 itu yang boleh menyebabkan darah dalam badan menjadi pekat.

Oksigen Shahrulezad menurun

Sebelum ini, Shahrulezad menerusi perkongsian di media sosialnya mengesahkan dia positif COVID-19 selepas melakukan ujian saringan untuk kali kedua.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...