December 23rd, 2015

Sejak beberapa hari ini, berita Adira AF yang sudah berkahwin dengan Datuk Seri Adnan di Songkhla, Thailand hanya selepas tiga minggu berkenal menjadi isu yang cukup panas dan viral di media sosial apatah lagi selepas peminat mendapat tahu Adira hanya dilamar menerusi telefon.

Apabila Adira membuat keputusan untuk bernikah dalam masa yang agak singkat, ada pihak yang mengaitkan ia dengan isu beliau putus tunang dan nama bekas tunangnya Shahrul Nasrun turut timbul kembali.  Ada yang ingin tahu apakah komen Shahrul mengenai berita pernikahan Adira.

Shahrul menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak terkejut jika Adira sudah berkahwin kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang ikatan dan itu adalah hak peribadi Adira sebagai seorang wanita untuk mencari kebahagiaan.

Tambah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu, beliau berharap agar dilimpahi rasa bahagia bersama pilihan hatinya dan menjaga rumah tangga yang dibina dengan baik.

Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi. Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami

Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya.

Kita tidak boleh terus kecam Adira atas keputusan yang beliau sudah buat. Mungkin ini sudah ketentuan takdir dan jodoh beliau untuk bersama dengan Datuk Seri Adnan Abu. Apa yang penting, Adira harus menghormati isteri pertama Adnan dan menjaga rumah tangga beliau dengan baik. Doakan sahaja yang terbaik buat Adira.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...