Selepas membuat penafian mengenai pergaduhan antara dirinya dengan Jep Sepahtu baru-baru ini, hari ini Sharol Shiro mengakui bahawa memang tercetus perang dingin antaranya dengan Jep Sepahtu. Menurut Sharol, Jep menjauhkan diri tanpa sebab sekaligus menimbulkan kekeliruan dan rasa bersalah di dalam dirinya. Pelik tapi benar kan?
Malah Sharol Shiro telah 3,4 kali memohon maaf kepada Jep Sepahtu sekiranya ada berbuat salah. Sayangnya permohonan maaf itu dipandang dingin oleh Jep. Kata Sharol kepada Harian Metro:-
Kalau saya ada silap, beritahu apa silapnya. Janganlah bersikap dingin macam ini. Terus terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu. Tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali.
Sudah tiga, empat kali saya datang kepadanya dan meminta maaf. Saya hendak tahu dan bertanya kalau ada saya buat salah tetapi dia mengelak dan dingin saja.
Tambah Sharol lagi, Jep Sepahtu turut menjaja cerita kurang elok mengenai dirinya kepada rakan-rakan pelawak lain. Kata Sharol:-
Bagi saya tidak elok bila dia berdiam diri dan memulaukan saya macam itu saja. Bila jumpa, dia mengelak macam sudah menyampah sangat tengok muka saya sedangkan kita boleh bersemuka dan berbincang.
Sebaliknya dia jaja cerita dan mempengaruhi orang (pelawak) lain. Baru-baru ini secara tiba-tiba dia tidak mengikuti saya di Instagram, sedangkan kami mengikuti akaun satu sama lain sebelum ini.
Kalau dia fikir saya pesaing sampai nak jadikan musuh, benda itu tak patut timbul sebab saya junior dalam bidang ini. Buntu juga jadinya dan tidak tahu macam mana hendak pulihkan keadaan kalau dia terus mengelak.
Tak seronoklah kalau geng-geng pelawak pun boleh bergaduh sampai macam ini. Kalau tak bersemuka, memang sampai bila-bila pun tak akan selesai isu ini. Dua-dua pun dah dewasa. Patutnya cubalah selesaikan secara matang. Lagipun Maharaja Lawak Mega sudah tamat. Kan bagus kalau berbaik-baik. Dunia lawak tanah air pun bukannya besar sangat kan?
P.S Wow. Mis Claire terpampang di dada akhbar Kosmo. Makin popular nampaknya Mis Claire yang menyediakan fesyen bergaya buat mereka yang bersaiz besar. Tahniah diucapkan. Ikuti mereka dengan lebih lanjut di www.misclaire.com, Facebook MisClaire dan juga Instagram MisClaire. Semoga terus maju jaya.