January 24th, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 semakin hampir ke kemuncaknya. Tekanan semakin meninggi di kalangan para peserta. Abang Nara yakin mereka “stress” memikirkan lawak-lawak yang harus dipertontonkan kepada para pengikut rancangan ini setiap minggu. Terbaru, ada desas-desus menyatakan wujud perbalahan antara kumpulan Shiro dan kumpulan Sepahtu.
shiro maharaja lawak megaDikatakan akibat tekanan hebat, kedua-dua kumpulan ini telah berbalah di belakang pentas. Diminta mengesahkan perkara ini, Shahrol Shiro menafikan berlaku pergaduhan. Kata Shahrol kepada Harian Metro:-

Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini. Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih. Tapi nak kata sampai kami bergaduh, bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku

Biasalah tue Abang Nara pun kalau tengah tertekan atau “stress” memang diam dan membisu seribu bahasa. Nak cakap pun malas. Takut-takut termarah kat orang lain yang tak ada kena mengena. Malah Jepp Sepahtu juga turut mengesahkan yang perkara ini tidak benar. Kata Jepp:-

Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ. Setahu saya benda itu tak betul. Kami bertegur baik macam biasa saja. Letihlah dengan tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan

shiro maharaja lawak mega

Diharap sehingga ke “final” nanti tidak akan berlaku sebarang pergaduhan antara mana-mana peserta Maharaja Lawak Mega 2013. Tak bestlah kita tengok untuk gelak-gelak, tup-tup rupanya diorang bergaduh sesama sendiri kat belakang pentas. Bertanding-bertanding jugak, paling penting hubungan silaturahim harus dijaga. Yang penting, usaha keras, fikir lawak terbaik dan kalau menang, itulah rezeki anda. Tak gitu?

P.S: Iklim sejuk landa Semenanjung Malaysia.


Comments are closed.

Loading...