Shahir Kembali Menyanyi Selepas 4 Tahun Menghilang

Hiburan

Shahir Kembali Menyanyi Selepas 4 Tahun Menghilang

Penyanyi Shahir Zawawi kini kembali membuat kemunculan selepas mencetuskan kontroversi sehingga menghilangkan diri daripada radar industri hiburan sebanyak dua kali.

Shahir AF
2 years ago

"Itu Benda Baik.." Nafi Kecewa, Shahir AF Tak Terkejut Erra Fazira Digosipkan Dengan Ahli Politik

Advertisement

Selepas empat tahun menyepi, Shahir kini tampil dengan imej berambut panjang melepasi bahu malah kelihatan matang serta bicaranya juga tersusun lebih rapi.

Shahir menegeskan seperti sekian banyak kali dikongsikan selama ini, ‘kehilangannya’ bukan disebabkan merajuk atau lari daripada kontroversi tetapi sebaliknya dia mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan.

Pertandingan AF Megastar 2017 yang menyaksikan kemaraan Shahir di pentas akhir bertarung dengan rakan seperjuangan menjadi penampilan terakhir anak jati Perak itu di kaca televisyen.

Saya hilang kerana memberi tumpuan terhadap perniagaan tetapi pada masa sama masih terbabit dalam kerja seni belakang tabir cuma tidak muncul di televisyen.

Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, semua pengalaman yang dilaluinya itu adalah sangat berharga dan mematangkan dirinya.

Tambah Shahir, dia kini mahu lebih fokus kepada kerjaya seni yang baru hendak bermula kembali terutamanya bagi membuat persediaan untuk sebuah program realiti terbaru yang disertainya iaitu Hijrahkan Laguku.

Shahir

Shahir turut mengakui bahawa kemunculan semula tersebut membawa warna baru dalam kerjaya nyanyiannya sekaligus dia ingin menunjukkan yang dia serius untuk terus aktif.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu juga berharap agar dapat merealisasikan sebuah lagu baru selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Sekadar info, program realiti Hijrahkan Laguku tersebut merupakan pertandingan anjuran TV Alhijrah serta turut menampilkan barisan penyanyi yang lain seperti Datuk Nash, Iwan Shahman, Pangeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...