“Itu Benda Baik..” Nafi Kecewa, Shahir AF Tak Terkejut Erra Fazira Digosipkan Dengan Ahli Politik

Hiburan

“Itu Benda Baik..” Nafi Kecewa, Shahir AF Tak Terkejut Erra Fazira Digosipkan Dengan Ahli Politik

Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Shahir Zawawi yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan primadona Erra Fazira memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui kesahihan berita yang mendakwa pelakon itu telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli politik.

6 years ago

Saya Masih Shahir Yang Sama, Tetap Ingin Melamar Erra - Shahir AF Megastar 2017

Advertisement

Kata Shahir, dia tidak berasa kecewa atau terkejut sebaliknya tumpang gembira jika ia benar dan turut mendoakan kebahagiaan aktres itu.

Jelasnya lagi, dia ada mendengar mengenai perkhabaran itu namun tidak pasti akan kesahihannya kerana sibuk bekerja.

Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik.

Bukannya kena tangkap, kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagiaan dia.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai berita Erra Fazira dikatakan sudah menjadi isteri kedua seorang menteri yang berasal dari Perak.

Erra AzumuSumber : Google  

Dalam pada itu, Shahir berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan ingin fokus kepada kerjayanya kini.

Sekarang saya masih belum ada kekasih. Kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa.

Menurut sebuah laporan media, Erra mendedahkan bahawa hubungan cinta antara dia dan Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari 2019 namun masih lagi berkawan baik sehingga ke hari ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...