Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shahir Akui Keluarga Restu Hubungan Bersama Erra Fazira : Belum Tetapkan Tarikh Perkahwinan

Sebelum ini, Erra Fazira sering menafikan setiap gosip percintaan yang membabitkan dirinya dan juga Shahir AF8.

Advertisement

Namun, selepas beberapa lama bermain teka-teki dengan orang ramai, Shahir telah tampil mengakui bahawa hubungannya dengan Erra direstui keluarga.

Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja… Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota.

Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius.

Berbicara mengenai desas-desus yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun ini, Shahir bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan takdir. Shahir berharap peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Advertisement

Haa, dah terjawab pun gosip mengenai Shahir dan Erra Fazira selama ini. Jadi memang benar hubungan mereka agak serius bukan? Apa-apa pun, kami harap mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top