Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Erra Fazira Sekali Lagi Tepis Gosip Bakal Berkahwin Dengan Shahir Selepas Aidilfitri

Rasanya gosip percintaan antara Erra Faziran dan Shahir AF8 sudah lama diperkatakan, malah beberapa kali juga mereka dikatakan bakal berkahwin.

Terbaru, ada desas-desus mengatakan bahawa mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilftri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Advertisement

Terkejut mendengar gosip berkenaan, Erra sekali lagi menegaskan bahawa ianya tidak benar dan sepatutnya sebagai tuan empunya badan tentu beliau akan lebih mengetahui hal berkenaan.

Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini. Kalau benar ada rombongan merisik itu, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu kiranya di pihak sana berhajat tentang perkara itu.

Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan. Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Erra akui beliau dan Shahir kerap berhubunga antara satu sama lain sekadar untuk bertanya khabar.

Sebagai kawan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk  kami bertanya khabar  dan saya harap perkara ini tidak perlu dijadikan isu. Begitu juga soal Shahir menyepi kebelakangan ini. Ia tiada kaitan dengan saya kerana sebelum kenal saya lagi, Shahir sudah ambil sikap untuk lebih low profile.

Kalau tiada angin pokok tidak akan bergoncang, beberapa kali pula tu. Apa-apa pun, satu hari nanti Erra Fazira akan bersedia untuk berterus terang mengenai isu ini. Lagipun, peminat hanya ingin melihat anda bahagia dan mendoakan yang terbaik buat anda.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama