Namun, selepas beberapa lama bermain teka-teki dengan orang ramai, Shahir telah tampil mengakui bahawa hubungannya dengan Erra direstui keluarga.
Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja… Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota.
Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius.
Berbicara mengenai desas-desus yang mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun ini, Shahir bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan takdir. Shahir berharap peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Haa, dah terjawab pun gosip mengenai Shahir dan Erra Fazira selama ini. Jadi memang benar hubungan mereka agak serius bukan? Apa-apa pun, kami harap mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.