Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Shaheizy Sam Kongsi Rasa Teruja Selepas Timang Cahaya Mata Pertama

Semalam, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata lelaki pertama mereka. Baru sahaja bergelar bapa, pasti Sam juga merasa cukup teruja.  Pelakon filem Polis Evo itu akui beliau terlalu seronok sehingga menjenguk anaknya setiap lima minit di wad penjagaan bayi.

Advertisement

Alhamdulillah, Syatilla selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi menerusi pembedahan. Sam sangat bersyukur kepada Allah kerana kedua-duanya selamat. Isteri bagaimanapun perlu berehat kerana masih lemah.  Mungkin kerana Sam sendiri sukakan budak, jadi setiap lima minit sekali Sam akan menjenguk anak di wad jagaan bayi.

Buat masa ini, Sam dan Syatilla masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk anak lelaki mereka.

Sementara itu Sam juga berkata beliau dan isteri tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkongsi gambar anak mereka bersama peminat.

Sam tak kisah nak kongsi atau menunjukkan gambar anak kerana kami memang ingin berkongsi kegembiraan bersama peminat. Sam juga tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak kami nanti.

Siapa yang tidak seronok dan gembira bila bergelar ibu dan bapa, lebih-lebih lagi ketika cahaya mata sulung dilahirkan. Kami harap tidak lama lagi, Sam dan Syatilla dapat berkongsi wajah anak mereka bersama peminat. Ramai dah tak sabar hendak melihat kecomelan bayi mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

PENGALAMAN HIDUP ANDA AMAT BERPOTENSI UNTUK MENGUBAH HIDUP ORANG LAIN. KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top