May 9th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin atas kelahiran cahaya mata pertama mereka hari ini. Syatilla melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira jam 10 pagi tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Sam menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa syukur terhadap kehadiran orang baharu didalam keluarganya itu.

Alhamdulillah!!! Terima kasih atas doa yang baik2 dari anda semua. Apa nak bagi nama dia ek? Hehek.

Peminat pasangan ini juga cukup teruja dengan berita gembira tersebut dan ruangan komen di Instagram Sam dipenuhi dengan ucapan tahniah dan ada yang turut mendoakan kesihatan Syatilla.

Semoga kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan dan membuatkan keluarga Sam dan Syatilla lebih bahagia.


Comments are closed.

Loading...