Semalam, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata lelaki pertama mereka. Baru sahaja bergelar bapa, pasti Sam juga merasa cukup teruja. Pelakon filem Polis Evo itu akui beliau terlalu seronok sehingga menjenguk anaknya setiap lima minit di wad penjagaan bayi.
Alhamdulillah, Syatilla selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi menerusi pembedahan. Sam sangat bersyukur kepada Allah kerana kedua-duanya selamat. Isteri bagaimanapun perlu berehat kerana masih lemah. Mungkin kerana Sam sendiri sukakan budak, jadi setiap lima minit sekali Sam akan menjenguk anak di wad jagaan bayi.
Buat masa ini, Sam dan Syatilla masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk anak lelaki mereka.
Sementara itu Sam juga berkata beliau dan isteri tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkongsi gambar anak mereka bersama peminat.
Sam tak kisah nak kongsi atau menunjukkan gambar anak kerana kami memang ingin berkongsi kegembiraan bersama peminat. Sam juga tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak kami nanti.
Siapa yang tidak seronok dan gembira bila bergelar ibu dan bapa, lebih-lebih lagi ketika cahaya mata sulung dilahirkan. Kami harap tidak lama lagi, Sam dan Syatilla dapat berkongsi wajah anak mereka bersama peminat. Ramai dah tak sabar hendak melihat kecomelan bayi mereka.