Shaheizy Sam Harap Pihak Elle Zada Terus Berkomunikasi Dengan Pelanggan, Minta Maaf Kerana Beliau Tidak Dapat Bantu Peminat

Hiburan

Shaheizy Sam Harap Pihak Elle Zada Terus Berkomunikasi Dengan Pelanggan, Minta Maaf Kerana Beliau Tidak Dapat Bantu Peminat

Tentu anda semua sudah tahu tentang kes dimana pihak Elle Zada gagal untuk menyiapkan baju raya yang ditempah oleh pelanggan dimana Shaheizy Sam dan Syatill Melvin menjadi duta produk mereka.

Advertisement

Menurut pihak Elle Zada, masalah kelewatan berkenaan timbul daripada pembekal dan mereka berjanji akan cuba menyelesaikan isu yang sudah menjadi viral ini sebelum Aidilfitri tiba.

Turut terkena tempiasnya adalah Sam dan Syatilla. Boleh dikatakan setiap hari mereka menerima pertanyaan daripada peminat berhubung masalah ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sam sekali lagi menegaskan beliau tidak boleh melakukan apa-apa kerana beliau dan isteri cuma bertindak sebagai duta dan menyediakan reka bentuk baju bagi koleksi Champion/Sultanah.

Sam mengerti perasaan pelanggan yang marah dan berharap pihak Elle Zada terus berkomunikasi dengan pelanggan mengenai isu ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar pihak Elle Zada memulang semula duit kepada pelanggan agar mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli pakaian baru kerana tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.

Salam. Kebelakangan ni Sam dan Syatilla @samtilla banyak terbaca/terdengar keluhan dan aduan dari pelanggan-pelanggan yang telah membuat pre-order dari bulan April tapi masih belum mendapat baju-baju mereka sehingga ke hari ini. Sam dan Syatilla ingin meminta ampun dan maaf bagi pihak @samsyatilla atas kekalutan ini. Untuk makluman, @samsyatilla hanya terlibat dalam menyediakan rekabentuk baju Champion/Sultanah dan imej sahaja dalam kolaborasi #ElleZadaSamSyatilla.

Tentang pengeluaran, pembayaran dan penghantaran pula diharap pihak @ellezada dapat memberikan keterangan kepada pelanggan-pelanggan berkenaan segala kelewatan ini kerana kita hanya tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi sebelum menjelang Syawal, dimana kita tahu setiap pelanggan yang membeli pakaian tersebut adalah untuk digunakan dihari raya ini.

Seandainya barangan itu tidak dapat ditunaikan sebelum Syawal, diharapkan pihak @ellezada dapat mengembalikan wang pelanggan-pelanggan secepat mungkin supaya mereka masih ada masa untuk membeli pakaian raya mereka ditempat yang lain. Mungkin belum ada rezeki buat @ellezada untuk berniaga pada skala yang sebesar ini. Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap pihak @ellezada tidak berdiam diri dan teruslah berkomunikasi dengan pelanggan dan terangkan pada mereka seandainya ada kesulitan yang dilalui oleh pihak anda.

Mungkin apa yang dicadangkan oleh Sam itu betul, jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sebelum hari raya, lebih baik pulangkan duit pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka tidak kecewa dan hampa kerana tidak ada baju raya nanti.

Sumber Berita : Instagram Shaheizy Sam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...