June 27th, 2016

Baru-baru ini, kecoh dengan isu dimana agen dan juga pembeli baju Elle Zada mengamuk dengan butik berkenaan yang menabur janji palsu dan tidak dapat menyiapkan baju raya yang sudah ditempah serta tidak memberikan sebarang penjelasan kepada pembeli atas kegagalan mereka itu.

Dek kerana isu ini, nama Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam turut terkena tempiasnya sehingga ada segelintir netizen mengecam pasangan berkenaan.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Syatilla memberitahu apa yang berlaku adalah diluar bidang kuasa beliau dan Sam. Mereka hanya bertidak sebagai duta untuk mempromosikan baju raya berkenaan.

Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.

Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja.

Pada masa yang sama,  pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif  turut tampil menjelaskan isu yang sudah cukup hangat diperkatakan ini.

Menurut Elliyin, mereka menghadapi masalah bersama pembekal dan pasangan Syatilla dan Sam langsung tidak ada kena mengena dengan isu ini. Elliyin berharap orang ramai tidak lagi meletakkan kesalahan diatas bahu pasangan itu.

Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal. Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih.

Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini. Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar.

Elliyin berjanji beliau akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini sebelum Aidilfitri tiba.

Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula.

Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami.

Kalau pihak Elle Zada awal-awal lagi sudah tampil memberikan penjelasan tentu tiada orang yang akan mengamuk. Bukan mudah hendak jadi agen, hari-hari mereka merasa tertekan dengan pertanyaan pembeli yang sudah lama membuat pembayaran. Hari Raya Aidilfitri pun sudah dekat, tentu mereka risau tiba-tiba nanti tiada baju pula untuk dipakai. Hmmmph…harapnya pihak Elle Zada dapat menyelesaikan masalah ini sebelum Aidilfitri seperti yang mereka janji.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...