Pelakon Shaheizy Sam seringkali dikaitkan sedang bercinta dengan Syatilla Melvin lebih-lebih lagi selepas Sam memaklumkan beliau sudah bersedia untuk berkahwin.
Meskipun ramai yang mengatakan Syatilla adalah bakal isteri Sam, kedua-duanya menafikan perkara tersebut dan mengakui mereka cuma kawan baik.
Namun, ada sumber mengatakan Sam dan Syatilla bakal mengadakan satu sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur sekitar minggu ini.
Adakah mereka akhirnya akan tampil menjelaskan status hubungan mereka yang sebenar? Tidak mustahil juga bukan.
Malah menurut Mangga Online, ada pihak yang memberitahu Syatilla pernah melahirkan hasratnya untuk berumah tangga, tetapi beliau tidak sebut siapakah gerangan jejaka yang bakal menjadi suaminya.
Jika benar mereka berdua ingin bernikah, ia satu berita yang agak baik. Kami pasti Sam dan Syatilla sepadan bersama. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja sidang media mereka.