Shaheizy Sam Bukan Kekasih Saya – Syatilla Melvin

Hiburan

Shaheizy Sam Bukan Kekasih Saya – Syatilla Melvin

Kalau sebelum ini Shaheizy Sam sendiri menyatakan yang Syatilla Melvin sekadar kawan rapatnya, semalam menerusi Pancaindera, Syatilla menerangkan yang Shaheizy Sam bukan kekasihnya. Yang menariknya, Syatilla turut berkongsi kisah cintanya yang bermula sejak usia 16 tahun.

syatilla melvinGosip percintaan antara Syatilla dan Sam timbul selepas Sam hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla, Syafiqa yang juga juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Julai tahun lepas. Namun Syatilla menafikan mereka berdua mempunyai sebarang hubungan:-

Advertisement

Saya tidak selesa bercakap hal itu. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara yang tidak ada. Pada mulanya gosip itu kelihatannya seperti usikan biasa buat saya. ?Namun apabila kerap diasak persoalan yang sama setiap masa, saya sudah mula rimas. Lebih teruk lagi apabila orang di luar seolah-olah mempercayai kami ada bercinta

syatillaMenurut Syatilla, dia kini sudah 2 tahun hidup solo tanpa kekasih. Kali pertama bercinta Syatilla masih di bangku sekolah. Namun bagi Syatilla, cinta yang berakhir dengan perpisahan sangat memedihkan walaupun baru berusia 16 tahun. Kata Syatilla:-

?Saya cuma ada dua orang bekas kekasih sepanjang hidup. Cinta pertama saya sewaktu berusia 16 tahun. Di alam persekolahan lagi saya sudah rasa sakitnya putus cinta. Selepas itu saya bertemu dengan cinta kedua sewaktu umur 18 tahun. Saya bercinta dengan orang Shah Alam (Selangor) pun tidak kekal lama. Kami putus secara baik selepas dua tahun berkasih. ?Syukurlah hubungan baik kami berkekalan sampai ke hari ini walaupun dia sudah berkahwin

Ala masa umur 16 tahun pedih apanya putus cinta. Sekadar cinta monyet je kot. Syatilla pun masih muda lagi. Baru 21 tahun. Tak perlu terburu-buru mencari erti sebenar kasih sayang. Yang penting, jangan rampas suami orang dan jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Biarlah cinta itu dibina atas dasar ketulusan dan kesucian. Amboi ~~ Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...