“Setiap Hari Saya Tertanya-Tanya..” – Siti Nurhaliza Jujur Bimbang Tentang Rakyat Di Gaza, Bukan Menangis Kerana Konten

Hiburan

“Setiap Hari Saya Tertanya-Tanya..” – Siti Nurhaliza Jujur Bimbang Tentang Rakyat Di Gaza, Bukan Menangis Kerana Konten

Dituduh sengaja menggunakan simpati rakyat Palestin demi konten, penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan dirinya tiada niat buruk dan jujur terkesan dengan apa yang sedang berlaku pada sedara Islam di sana.

Mereka macam keluarga sendiri

Berdasarkan kenyataan Siti, dirinya ikhlas meluahkan rasa bimbang dan sedih terhadap kesengsaraan kanak-kanak di Palestin dan enggan mengambil pusing terhadap pendapat orang lain yang menuduhnya.

Advertisement

Allah tahu tentang perasaan sebenar saya. Kalau dulu mungkin saya tak terasa sangat, tapi memandangkan saya memang dah terlibat dalam suasana ni dan saya memang dah ada keluarga. Anak-anak yang belajar di Sekolah Afwa Al Afiyah tu dah macam keluarga saya sendiri.

 

Saya memang terkesan juga, mungkin untuk orang yang tiada kena mengena, mereka tak terdetik atau terasa pun tapi untuk saya benda ni simpan dalam kepala saya. Setiap hari saya tertanya-tanya tentang keadaan kanak-kanak di sana sama ada selamat ataupun tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Mudah tersentuh, teringat anak

Selain itu, penyanyi ini juga memberitahu sebagai ibu, dirinya mudah tersentuh apabila melihat kanak-kanak serta orang awam dianiaya secara kejam oleh rejim Zionis. Katanya, bila melihat mangsa-mangsa tersebut, dirinya teringat pada anak-anaknya.

Kita dapat lihat anak-anak kecil dan wanita-wanita kebanyakannya menjadi mangsa. Saya tak mampu lihat sebab saya seorang ibu dan saya mempunyai anak. Bila saya tengok budak kecil jadi mangsa, saya teringat Afwa dan Afiyah.

 

Saya sebenarnya memang jenis yang cepat menangis juga, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, Siti Nurhaliza tak dapat menahan sebak apabila mengenang nasib-nasib rakyat Palestin ketika sedang membuat live di media sosial. Namun begitu, segelintir pihak menuduh kesedihan itu hanya dibuat-buat untuk meraih perhatian netizen.

cef ammar
1 month ago

"Orang Suruh Saya Balik Kampung" - Terkilan Harga Nasi Arab Disamakan Dengan Zionis, Cef Ammar Menangis Kongsi Kisah Hidup Susah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...