“Orang Suruh Saya Balik Kampung” – Terkilan Harga Nasi Arab Disamakan Dengan Zionis, Cef Ammar Menangis Kongsi Kisah Hidup Susah

Kehidupan

“Orang Suruh Saya Balik Kampung” – Terkilan Harga Nasi Arab Disamakan Dengan Zionis, Cef Ammar Menangis Kongsi Kisah Hidup Susah

Boleh dikatakan nama Cef Ammar sering kali menjadi perhatian setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Baru-baru ini, namanya terpalit dalam satu kontroversi, dimana dia didakwa bersikap riak dan ‘merampas’ tapak gerai milik orang di bazar Ramadan, namun hal itu telah pun diselesaikan.

Advertisement

Kalau boleh jual RM10, dah lama jual murah

Terbaru, melalui platform X, tular video temubual Cef Ammar yang mendedahkan kos perbelanjaan untuk nasi Arab yang dijual.

Tapak, barang-barang, transport, bunting, printing, bahan mentah cecah RM500,000.

Dalam pada itu, Cef Ammar turut memaklumkan segala proses masakan untuk dijual di bazar Ramadan dilakukan di sebuah kilang dan tidak akan menggunakan restoran.

‘Saya terkilan orang kata harga nasi Arab harga Zionis’

Tohmahan mengenai harga makanan milik Cef Ammar sering kali kita dapat lihat diperkatakan oleh warganet dan itu sememangnya membuatkan cef tersebut berasa terkilan.

Cef Ammar berkata nasi Arab yang dijual diletakkan harga sedemikian kerana bahan yang digunakan memang berkualiti dan sangat mahal jika mahu dibeli.

Cef Ammar menitiskan air mata

Selepas ditanya momen susah yang pernah dilalui olehnya, Cef Ammar tidak dapat menahan sebak apabila memberitahu pernah di satu saat dia tidak mempunyai pekerjaan selepas berhenti daripada menjadi tukang masak di sebuah hotel yang mempunyai isu status halal.

Saya tak boleh bagi anak makan. Saya cuci kereta tau, saya cuci tandas masjid.

Namun begitu, dia tetap bersyukur kerana dapat memberi hasil titik peluh daripada melalukan pekerjaan yang halal.

chef ammar runner
8 months ago

"Saya Tak Kenal Dia, Dia Yang Datang Cari" - Chef Ammar Didakwa Aniaya 'Runner'? Ini Penjelasan Tuan Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...