“Setiap Hari Saya Doa Dipanggil Ke Sana..” – Maryam Terharu Terima Kejutan Pakej Umrah Sempena Hari Lahir, Bakal Bawa Peminat

Hiburan

“Setiap Hari Saya Doa Dipanggil Ke Sana..” – Maryam Terharu Terima Kejutan Pakej Umrah Sempena Hari Lahir, Bakal Bawa Peminat

Sudah lama menyimpan hajat, personaliti media sosial, Maryam You Narae sebak apabila mendapat kejutan jemputan mengerjakan ibadah umrah daripada suaminya, Ryzal Ibrahim.

Sempena ulang tahun

Kata Maryam, dirinya sudah berhasrat untuk menunaikan umrah sejak setahun lalu namun tertunda akibat hal-hal yang perlu diuruskan. Namun, dirinya terkejut apabila suaminya menghadiahkan kejutan tersebut sempena ulang tahunnya pada 19 Februari.

Advertisement

Dalam setahun sebenarnya saya simpan hasrat nak pergi umrah. Setiap hari saya berdoa agar dipanggil untuk ke sana.

 

Hati saya rasa nak balik dan rindu, tak tahu rindu apa. Sebab sebelum ini tak faham bila orang cakap macam tu, tapi tahun lepas perasaan itu ada. Itu yang buat saya nak ke sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Akan bawa seorang peminat

Pada masa yang sama, sebagai tanda syukur, pempengaruh ini turut menyatakan hasrat membawa salah seorang peminatnya untuk mengerjakan umrah bersama-sama.

Menurut Maryam, dia ingin membawa peminatnya sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas sokongan mereka terhadapnya dan suami sepanjang dirinya mempelajari agama Islam.

Saya bersyukur dengan peluang yang diberi ini, jadi saya pun nak bawa peminat saya untuk pergi umrah bersama saya dan Ryzal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Ryzal Ibrahim Dikecam Masuk 'Gereja', Netizen Geram Masih Ada Yang Pemikiran Kolot - "Dah 2024, Banyakkan Membaca"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...