Ryzal Ibrahim Dikecam Masuk ‘Gereja’, Netizen Geram Masih Ada Yang Pemikiran Kolot – “Dah 2024, Banyakkan Membaca”

Kehidupan

Ryzal Ibrahim Dikecam Masuk ‘Gereja’, Netizen Geram Masih Ada Yang Pemikiran Kolot – “Dah 2024, Banyakkan Membaca”

Beberapa yang lepas, pempengaruh Ryzal Ibrahim ada memuat naik video ketika dia melawat ISTAC -IIUM (Institute of Islamic Thought and Malay World) di Bukit Tunku.

 

Advertisement

Singgah lepas selesai solat Jumaat

Difahamkan, Ryzal menjejakkan kaki ke tempat berkenaan setelah selesai solat Jumaat di Masjid Zabedah, ISTAZ-IIUM dan suami kepada Maryam itu turut merakamkan video untuk dikongsikan kepada pengikutnya di Facebook.

Bagaimanapun, video tersebut menerima komen negatif daripada sesetengah pengguna Facebook malah ada yang sehingga melabelnya bodoh.

 

Ada yang kecam sebab masuk ‘gereja’

Menerusi komen-komen di hantaran itu, sesetengah individu mengkritik Ryzal kerana melawat lokasi yang mempunyai reka bentuk sama seperti gereja.

Susun atur meja dan kerusi di dalam institut ilmu tersebut mungkin kelihatan seperti bahagian dalam gereja yang turut mempunyai susunan sebegitu.

komen

Sebenarnya, seni bina institut berkenaan diinspirasi oleh seni bina Andalusia-Morocco ketika zaman kegemilangan umat Islam di Sepanyol.

 

Kenapa pemikiran masih kolot?

Namun, ramai netizen yang menyelar sesetengah individu ini dan menganggap mereka ini kolot serta tidak suka membaca untuk menambah ilmu di dada.

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang mempunyai tingkah laku sebegini tanpa mengambil tahu tentang cerita di sebalik institut tersebut.

Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Tapi sayang, aku jumpa komen-komen yang kata macam gereja, yang menghinakan institut yang telah banyak berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam di zaman moden ini.

 

Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tidak kenal?

Sedangkan banyak saja bekas gereja yang kini sudah dijadikan masjid untuk umat Islam menunaian solat sebagai contoh Hagia Sophia di Turki.

Maryam you narae ryzal
5 months ago

(VIDEO) Maryam You Narae Minta Maaf Secara Terbuka Mewakili Ryzal, Dah Kenapa Pula Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...