Antara perkara yang sering berlaku di Malaysia dan dilalui oleh kebanyakan wanita adalah gangguan seksual tidak kira secara fizikal atau atas talian.
Seorang jurugambar terkenal berasal dari Malaysia, Acacia Diana baru-baru ini mendedahkan tentang pengalaman diganggu seorang lelaki selama 8 tahun lamanya!
Menurutnya, lelaki bernama Shafiq Rosli itu sangat obses dengannya dan sering membayangkan seolah-olah mereka ini pasangan kekasih.
Berdasarkan hantaran di Instagram, Acacia berkata lelaki berkenaan malah pernah mengekorinya sehingga ke United Kingdom (UK) dan mengganggunya di satu acara awam.
Cerita Acacia, segala ini berlaku sejak 2016 di mana Shafiq bermula stalk dan menganggunya sehingga membuatkan dia berasa takut untuk ke mana-mana.
Tambahnya, Shafiq pernah ditahan dan disaman oleh mahkamah di UK namun berjaya melarikan diri dan kembali ke Malaysia sebelum tarikh perbicaraan.
Malah, sehingga sekarang dia masih mengganggu dan menjadi semakin berani menghantar video onani dan content explisit kepadanya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu juga, Acacia memohon agar pihak berkuasa Malaysia membantunya untuk menamatkan ‘mimpi ngeri’ dilaluinya sejak bertahun-tahun yang lepas.
Perkongsian itu meraih perhatian Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital yang meminta Acacia untuk menghantar butiran lanjut termasuklah laporan polis untuk membuat siasatan dan membantunya.