(VIDEO) “Dia Nak Saya F*ck Dia Malam Ni” – ‘Driver’ Kelisa Buli & Buat Gangguan S*ksual Terhadap Wanita Akhirnya Ditahan Polis

Kehidupan

(VIDEO) “Dia Nak Saya F*ck Dia Malam Ni” – ‘Driver’ Kelisa Buli & Buat Gangguan S*ksual Terhadap Wanita Akhirnya Ditahan Polis

Gara-gara enggan bergerak dari parkir dan melemparkan kata-kata berbaur gangguan seksual, seorang lelaki telah ditahan polis.

Difahamkan, seorang wanita mengadu dirinya dibuli oleh individu itu apabila dia ingin pulang dan keluar dari tempat parkir namun dihalang oleh kereta yang dipandu oleh lelaki berkenaan.

Advertisement

Enggan bergerak bagi memberi laluan kepada wanita itu untuk keluar, lelaki berkenaan tergamak membuli dan melakukan gangguan seksual berikutan tindakan wanita itu yang merakam video di saat kejadian.

Lelaki itu dilihat mengeluarkan kenyataan berunsur seksual dan membuatkan mangsa ketakutan.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis dan Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed turut mengesahkan kejadian tersebut.

Ujar Aidi, pihak mereka ada menerima laporan dan telah menahan suspek berusia 38 tahun itu tidak lama kemudian.

Suspek kini ditahan di Balai Polis Port Dickson untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

Dai syed
1 year ago

"Tunggu Kes Ebit Lew Pulak" - Da'i Syed Bebas Pertuduhan Cabul, Persetubuhan Luar Tabii

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...